Wednesday, October 14, 2009

Selamat datang ke dunia moral

Soalan Contoh Esei

Wanita juga insan ciptaan Tuhan. Penganiyaan wanita oleh kaum lelaki menyebabkan banyak kes penceraian berlaku.

Bincangkan dua nilai yang patut diamalkan oleh seorang suami yang menganiaya isterinya sehingga cedera parah. (10m)

Seorang suami harus mengamalkan nilai menghormati hak wanita. Dia patut melindungi wanita sebagai isteri yang boleh memberi sumbangan kepada keluarga. Sebagai contoh, dia patut memastikan isterinya hidup dalam keadaan selamat. Dia patut mengiktiraf isterinya sebagai wanita yang memberi sumbngan dalam keluarga. Contoh, dia mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanan yang dilakukan oleh isteri. Seorang suami juga harus mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Dia mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap isteri. Contoh, dia menyediakan rumah yang selamat untuk diduduki oleh isteri. Selain itu, dia juga mempunyai perasaan sayang yang berkekalan terhadap isteri. Sebagai contoh, dia tidak berasa jemu dan bosan dengan suami.

*** Pelajar harus menjawab dalam satu perenggan sahaja.
(Rose, Shina & Sia)